Powered By Blogger

Saturday, 30 July 2011

Ahlan ya Ramadhan

lebih kurang 2 hari lagi kita akan menyambut bulan Ramadhan..kadang-kadang terasa macam sekejap masa berlalu, tup-tup dah nak puasa dah..baru je aku rasa macam kejap je balik dah nak puasa padahal dah lebih kurang 3 minggu aku menyantap masakan mak yang sedap2..seronok..

kadang-kadang bila aku duduk2 dekat luar rumah tengok pokok-pokok, aku jadi terpikir..macam mana Ramadhan aku tahun ni..apa yang bakal membezakan dari Ramadhan yang aku lalui tahun lepas..baik ke Ramadhan aku kali ni? apa yang aku buat sepanjang Ramadhan lepas? hmmm duduk sorang-sorang, macam2 dah fikir..al maklumlah, dah 22 tahun da neh..

aku selalu jugak baca-baca dan dengar2 dekat buku dan TV pasal Ramadhan..bulan Ramadhan adalah bulan yang mulia, dan pada bulan yang mulia ni jugaklah Allah turunkan Al-Quran, kalam Allah yang maha agung yang kat rumah aku dan rumah korang pun ada..maka bergandalah kemuliaan bulan Ramadhan dek kerana mulianya Al Quran yang diturunkan pada bulan yang mulia ini..dan diwajibkan ke atas kita untuk berpuasa di bulan Ramadhan sebagaimana Allah dah wajibkan ke atas orang-orang yang datang sebelum kita..maknanya tatkala turunnya wahyu ni, puasa tu dah pun diwajibkan sebelum itu dan telah menjadi kewajipan bagi setiap insan yang bergelar hamba, hamba kepada Allah, iaitu, aku dan kita-kita semualah..justeru banyaklah amalan-amalan yang boleh kita buat bagi mengimarahkan dan mengindahkan lagi bulan Ramadhan ni..tadarus, sedekah, bagi orang bukak puasa dan sebagainya..

aku tahu aku pun bukannya bagus sangat and amalan pun ntah ke macam mana sikit wallahu a'lam..cuma aku kalau boleh nak cuba baiki apa yang lompang-lompang dalam diri aku, alang-alang Ramadhan ni bulan rahmat, dibuka pintu2 syurga dan ditutup pintu2 neraka..maka kena amik peluang untuk beramal banyak2..mudah2an Dian bagi aku kekuatan insyaAllah..

No comments:

Post a Comment