Powered By Blogger

Saturday 15 October 2011

Realiti

Dah lama rasanya tidak mengupdate blog. Tetiba di pagi yang indah ini (ayat masa berucap di sekolah rendah dahulu) terasa ingin menerjah sawang-sawang yang dah mula bersarang di laman sesawang ni. Tetiba rasa nak menulis pasal realiti.


"Mende la kao, zaman sekarang dah tak macam dulu. Realitinya sekarang dah lain, orang tua lah kao ni"
"What we see is what we get. It's reality bebeh!"
Fuiyoo, Magic tu!!


peh tetiba terfikir sejenak. hmm realiti? adakah semua yang kita lihat di depan mata kita adalah realiti? Adakah realiti itu benar-benar realiti? ahhh pening. "Dah nama pun realiti, memang betul-betul la. aduyai"


Yes, memang tak disangkal pun, apa yang kita alami, apa yang berlaku di hadapan mata kita, apa yang kita lihat, itulah realiti. Namun harus diingat, bahawa setiap yang berlaku, taksemestinya apa yang sepatutnya kita fikir. What we see is what we get, but what we think is what we interpret. And the best way of interpreting adalah bersandarkan Al Quran dan As sunnah. Dajjal, (mudah-mudahan kita dilindungi dari fitnah Dajjal. huhu) di akhir zaman kelak, akan datang dengan membawa syurga dan neraka yang mana jika dilihat secara realitinya, memang kelihatan seperti syurga; dengan indahnya, cantiknya dan neraka Dajjal, realitinya memang nampak seperti neraka, namun syurga Dajjal, realiti di sisi Allah adalah neraka Allah swt dan neraka Dajjal di sisi Allah adalah syurga Allah swt.


Dari Rib'iy bin Hirasy, katanya: "Saya berangkat dengan Abu Mas'ud al-Anshari ke tempat Hudzaifah al-Yaman radhiallahu 'anhum, lalu Abu Mas'ud berkata kepadanya: "Beritahukanlah kepadaku apa yang pernah engkau dengar dari Rasulullah s.a.w. perihal Dajjal." Hudzaifah lalu berkata:
"Nabi s.a.w. bersabda:"Sesungguhnya Dajjal itu keluar dan sesungguhnya beserta Dajjal itu ada air dan api. Adapun yang dilihat oleh para manusia sebagai air, maka sebenarnya itu adalah api yang membakar, sedang apa yang dilihat oleh para manusia sebagai api, maka sebenarnya itu adalah air yang dingin dan tawar. Maka barangsiapa yang menemui Dajjal di antara engkau semua, hendaklah masuk dalam benda yang dilihatnya sebagai api, karena sesungguhnya ini adalah air tawar dan nyaman sekali." Setelah itu Abu Mas'ud berkata: "Sayapun benar-benar pernah mendengar yang seperti itu." (Riwayat Bukhari & Muslim)


Read more: 
http://cahayamukmin.blogspot.com/2010/06/hadith-tentang-dajjal.html#ixzz1aq1cX7zf



Adapun pada hari ini, ramai diantara kita (termasuk la aku jgk punnn) yang kagum bahkan terpesona serta tertipu dengan ahli silap mata yang membawakan realiti sedangkan ramai di antara kita mengetahui, terdapat muslihat di baliknya. Itu baru ahli silap mata, belum lagi Dajjal. Maka, ingatan buat diri sendiri juga, janganlah mempercayai realiti dengan meletakkan ia melebihi keagungan dan kekuasaan Allah semata-mata. Keyakinan terhadap Allah dan Rasul, Al quran dan As Sunnah haruslah diletakkan melebihi realiti kerana realiti itu adalah ciptaan Allah jua dan harus disandarkan padaNya. 


*Panadol hanyalah ubat, adapun yang menyembuhkan sakit demam adalah Allah. :)

Thursday 4 August 2011

Ramadhan, jimat atau sebat?

diam tak diam, dah 4 hari kita puasa..rasa cepat pula masa macam baru sehari..ramai orang "Mai bulan posa ni, harap2 boleh la sikit kot nak kuruih (kurus) ni"..tak kurang jugak yang berazam nak berjimat cermat dengan harapan dapat la sikit simpan duit untuk tukar sport rim kreta nanti atau yang nak berbelanja nak melaram sakan masa beraya nanti..tapi, ramai yang tak sedar, kadang-kadang, HABUK pun xda..haha

kadang-kadang time bulan puasa ni la, belanja naik..mana taknya, pi pasar ramadhan balun belanja sampai berbelas-belas ringgit ataupun yang ekstrim tu sampai puluhan pun ada ooo..

"Bang, air bandung cincau satu, bandung lebih bang eh"
"Bang, rangka ayam tu bagi lima no"
"Kak, kuih lapis singgit, kuih karipap singgit, kuih talam 2 ringgit, kuih bahulu singgit, kuih seri ayu singgit, kuih bla bla bla..."

haaa, macam-macam bedal mana tak puluhan..kadang-kadang air je dah sampai dua or tiga jenis..aik cik kak, kalau satu mana puas..mana cukup..rasa macam "ala nak buka puasa kan, xpa la sekali skala"..yoyo oh sekali sekala mende, sampai dekat hari-hari camtu..last-last makanan tak habis bagi kat orang je..kalau yang kurang cerdik sikit, main buang je pastu beli lagi esoknya banyak2 pastu buang lagi..kan ke dah membazir namanya..hehe tapi aku pun lebih kurang jugak dulu2 masa kat maktab, aku pun selalu jugak la beli banyak2..kalau time pi pasaq ramadhan tu, bukan nak ingat dah.tup2, habis duit..last2 tak habis bagi roomate aku yang habiskan..nasib baik dia jenis yang makan semua benda..so xda la rugi sangat..

sekarang aku tgh latih diri untuk jimat2 kat bazar ramadhan..bukan apa, sebab konon2 taknak mmbazir la..hehe tambah2 pulak ada sorang makcik ni nama Kak Miah jual kuih talam yang sedap gle..dahla fvret aku plak tu kuih talam tu..memang hari2 dia akan mengadap muka aku je la.."Bagi 3 ringgit no makcik..lapaq rini..hehe"..so selalunya aku beli tu je la, yg lain beli sikit2 untuk org lain makan..pikir-pikir balik, betul antara keseronokan ketika berpuasa yang Allah janjikan ialah keseronokan ketika berbuka..ada hadis Nabi yang menyebut:

Bagi orang yang berpuasa, ada dua kegembiraan baginya, iaitu kegembiraan ketika berbuka dan kegembiraan ketika bertemu Tuhannya (riwayat Muslim, Ahmad, An Nasa'i dan Ibnu Majah)

haaa, jadi tak salah untuk kita bergembira ketika bebuka sebab memang Allah dan cakap..tak kira la orang tu  miskin ke, kaya ke, bila berpuasa, semua orang sama, tahan lapar yang sama, perut lapar yang sama dan kegembiraan ketika berpuasa, insyaAllah semua pun rasa walaupun kadang-kadang juadah berbuka itu berbeza-beza..tapi, dalam kita bergembira tu, jom kita ingat yang jangan kita berlebih lebihan sampai membazir dan yang paling penting, kita mengimarahkan Ramadhan kita dengan seikhlas mungkin, supaya kita boleh bergembira dengan puasa kita ketika berjumpa Allah kelak insyaAllah..haihhhh, sebenaqnya diri sendiri ni pun xbrapa betui jugak dan masih sedang tengah mencuba tapi orang kata, sambil menyelam minum ayaq..kadang-kadang bila tulis, serupa la macam ingatkan diri..so jom sama-sama berRamadhan..:)

Monday 1 August 2011

nama juga manusia.

nama juga manusia, pasti ada kelemahan dan kekurangannya..namus pasti, tidak dijadikan sesuatu kekurangan itu melainkan untuk ia membawa ibrah kepada kita..tak perlu berasa sedih atau sesal mahupun tertekan dengan kekurangan, kerana suatu saat, kekurangan itu akan dapat ditampung dengan kekuatan yang lain..carilah kekuatan dalam diri, kerana jauh terperosok didalam dada, tersimpan seribu satu rahsia yang empunya badan sekalipun belum mengetahuinya..tapi harus diingat, setiap sesuatu itu adalah milik Allah, dia yang menjadikan segala sesuatu dan pasti, mesti, ada seribu kebaikan disebaliknya..hanya perlu usaha dan tawakal pada Yang Satu, agar diri sentiasa tersenyum yakin..:)

Saturday 30 July 2011

Ahlan ya Ramadhan

lebih kurang 2 hari lagi kita akan menyambut bulan Ramadhan..kadang-kadang terasa macam sekejap masa berlalu, tup-tup dah nak puasa dah..baru je aku rasa macam kejap je balik dah nak puasa padahal dah lebih kurang 3 minggu aku menyantap masakan mak yang sedap2..seronok..

kadang-kadang bila aku duduk2 dekat luar rumah tengok pokok-pokok, aku jadi terpikir..macam mana Ramadhan aku tahun ni..apa yang bakal membezakan dari Ramadhan yang aku lalui tahun lepas..baik ke Ramadhan aku kali ni? apa yang aku buat sepanjang Ramadhan lepas? hmmm duduk sorang-sorang, macam2 dah fikir..al maklumlah, dah 22 tahun da neh..

aku selalu jugak baca-baca dan dengar2 dekat buku dan TV pasal Ramadhan..bulan Ramadhan adalah bulan yang mulia, dan pada bulan yang mulia ni jugaklah Allah turunkan Al-Quran, kalam Allah yang maha agung yang kat rumah aku dan rumah korang pun ada..maka bergandalah kemuliaan bulan Ramadhan dek kerana mulianya Al Quran yang diturunkan pada bulan yang mulia ini..dan diwajibkan ke atas kita untuk berpuasa di bulan Ramadhan sebagaimana Allah dah wajibkan ke atas orang-orang yang datang sebelum kita..maknanya tatkala turunnya wahyu ni, puasa tu dah pun diwajibkan sebelum itu dan telah menjadi kewajipan bagi setiap insan yang bergelar hamba, hamba kepada Allah, iaitu, aku dan kita-kita semualah..justeru banyaklah amalan-amalan yang boleh kita buat bagi mengimarahkan dan mengindahkan lagi bulan Ramadhan ni..tadarus, sedekah, bagi orang bukak puasa dan sebagainya..

aku tahu aku pun bukannya bagus sangat and amalan pun ntah ke macam mana sikit wallahu a'lam..cuma aku kalau boleh nak cuba baiki apa yang lompang-lompang dalam diri aku, alang-alang Ramadhan ni bulan rahmat, dibuka pintu2 syurga dan ditutup pintu2 neraka..maka kena amik peluang untuk beramal banyak2..mudah2an Dian bagi aku kekuatan insyaAllah..

Tuesday 26 July 2011

anak buah dan masa depan...

seronok bila dapat spend quality time dengan family..betol orang cakap, kalau kita spend masa dengan family kadang-kadang dapat buat kita lupa semua masalah..

bagi aku, family aku, mak abah, adalah segalanya buat aku sekarang..alhamdulillah, aku syukur ada mak abah yang macam mak abah aku sekarang, ada abang, adik, kakak yang boleh buat aku senyum ketawa (walaupun kadang2 ada la jugak time masam2ny, hehe)..anak-anak buah aku yang semuanya hero-hero belaka..seronok dapat tengok and main2 dengan diorang..rasa terubat rindu, rasa happy, lupa sekejap masalah..sebab bila main2 dengan diorang, aku rasa macam aku ni sebahagian dari geng diorang jugak..haha

kadang-kadang tengok diorang, rasa best je, xde masalah, takde benda sangat pun nak fikir..tak macam orang besar, kena fikir macam-macam..tapi aku faham, memang itu lumrah yang ditetapkan oleh Allah, proses untuk kita mengenal tugas kita sebagai hamba-hambaNya, dari kecik sampai kita dapat fikir dengan acuan yang seharusnya supaya kita dapat capai status 'sebaik-baik makhluk' yang Allah cakap..dan proses tu memerlukan kita untuk berfikir, guna akal fikiran dengan lurus, dan untuk itu, kita kenala membesar..:) ala cuma kadang-kadang seronok tengok budak2 buat aku terfikir happynya menjadi diorang!

"Pakcik bila nak datang ni? Afiq rindu pakcik la. Pakcik datang la lama-lama sikit." 
peace!
anak buah aku yang dekat Rembau ni selalu je buat aku lemah..haih, last2 memang aku ke rembau jugak minggu lepas tengok dia..alang-alang antar akak aku kursus kat Port Dickson, aku terus stay rembau umah kakteh jumpa Afiq, main dengan dia seminggu..dia memang baik.memang dengar cakap punya budak..dengar cakap ibu dengan ayah dia, cakap pun lembut je walaupun baru 5 tahun..kalau tengok tv, ada rancangan gaduh2 ke, suami pukul isteri ke, ayah pukul anak ke, dia xnak tengok, suruh bukak tv lain..mungkin sebab dia xpernah alami mcm tu kot..kdg2 aku selalu test dia..

"sapa yang paling afiq sayang, ibu ke, ayah ke, pakcik ke?"
"Afiq sayang, pakcik, ibu, ayah, tokwan, dengan tok Dah. Afiq sayang semua2 sekali" tanyalah seribu kali pun, kalau disuruh pilih memang dia xkan pilih melainkan semua orang..pandai amik hati..:)

siap-siap nak pi sekolah!
si kecil.
seronok tengok mcm mana ayah dengan ibu dia layan dia, spend time dengan dia, tanya and sembang2 dengan dia..memang betol, kalau dari awal kita dapat spend quality time dengan anak2, insyaAllah kita dapat bentuk diorang jadi anak2 yang soleh-solehah, dengar cakap ibu ayah..insyaAllah..banyak jugak yang aku belajar..

itu baru anak buah yang sorang..aku ada lagi 3 anak buah..yang paling kecik dah 5 bulan dah, Syed Bukhari nama dia..memang tembam..hari2 aku dukung dia sana sini..haha tengok-tengok gaya macam ada harapan jadi anak yang baik ni..jarang jugak buat hal, senang dibawak kesana kemari, tak menangis..kalau mengantuk, dia bantai tido je..haha ummi dengan walid dia keja so dudukla dengan tok and tokwan dia dengan aku sampai petang..yang lagi dua tu dah sekolah dah, sorang darjah 4, sorang lagi darjah dua,,haaa dua beradik ni memang aktif..kalau time datang sini, memang kena la..
"Pakcikkkkkkkk, iyarghhhh!!" Debik, kena penumbuk sebijik kat perut.."Smalam adik blaja silat. Sakit x?" adieh, memang la saket dah dia bantai aku camtu..cuma akhir2 ni macam baik la sikit, sebab nk pow aku, asyik2 pi kedai itu ini..haha layankan aje laaaa...

*** 
"ummi, lapar la"
aku suka kanak-kanak..diorang buat aku tenang..cuma kadang-kadang aku takot besok-besok, dengan aku yang macam ni, kalau dah ada anak, aku taktahu anak-anak aku besok macam mana..baik ke tak, dapat ke aku tunjuk contoh yang baik utk diorang, dapat ke aku jadik ayah yang baik..hmm..insyaAllah..apa2pun, dioranglah chentahati aku! hahaha

Tuesday 19 July 2011

jangan sedihhh!

kadang-kadang tak semua yang kita rancang menjadi..


sangat sangat betul...dulu aku macam tak faham sangat..bagi aku, kalau kita merancang and kita betul-betul komited dengan apa yang kita rancang, mestila jadi. macam mana boleh tak jadi..contohnya kalau aku bertekad nak beli handphone, kalau aku bertekad nak beli, and rancang elok2, riki2 dengan teliti, mestila takda halangan untuk aku beli handphone. tapi aku lupa, Allah kalau Dia berkehendakkan sesuatu, tak kira macam mana kita buat pun, mesti akan berlaku, sebab Dia yang maha merancang segala sesuatu..


emm banyak benda yang aku belajar, dan banyak benda yang aku lalui, yang sebelum ni aku macam tak faham tapi sekarang alhamdulillah, aku makin memahami. aku faham walau apa pun yang berlaku, mesti ada hikmahnya, sebab Dia maha penyayang pada hamba-hambaNya..tak mungkin Dia yang maha penyayang akan membiarkan hamba-hambaNya menderita tanpa sebab..mungkin apa yang aku nak and aku mintak pada Dia, Dia tak makbulkan sebab Dia tahu baik buruk suatu perkara itu pada aku..mungkin kalau Dia makbulkan keinginan aku, akan buat bawak mudarat pada aku..dan mungkin Dia dah sediakan jalan yang lebih baik untuk aku, hanya Dia yang tahu..aku yakin pada Dia..


jadi tak payah bersedih untuk sesuatu yang Dia dah tetapkan sebab dah tentu Dia tetapkan yang terbaik..walaupun kadang-kadang tak ikut apa yang dimintak, dan walaupun kadang-kadang terasa sakit, tapi percaya pada keputusan Dia adalah pilihan yang tepat, dengan itu, kesakitan akan berkurang dan keyakinan akan bertambah..mudah-mudahan kita akan melihat dan merasai keajaiban yang Dia tentukan, insyaAllah..aku percaya padaMu.. LA TAHZAN INNALLAHA MA'ANA :) 

Monday 18 July 2011

biol punya internet..

internet rumah problem..asal siang aje kau hilang tapi asal pagi2 buta je kau ada..sengal la kau..harap2 orang TM cepat la baiki, lemau dah aku tunggu ni..sekian..