Powered By Blogger

Saturday, 15 October 2011

Realiti

Dah lama rasanya tidak mengupdate blog. Tetiba di pagi yang indah ini (ayat masa berucap di sekolah rendah dahulu) terasa ingin menerjah sawang-sawang yang dah mula bersarang di laman sesawang ni. Tetiba rasa nak menulis pasal realiti.


"Mende la kao, zaman sekarang dah tak macam dulu. Realitinya sekarang dah lain, orang tua lah kao ni"
"What we see is what we get. It's reality bebeh!"
Fuiyoo, Magic tu!!


peh tetiba terfikir sejenak. hmm realiti? adakah semua yang kita lihat di depan mata kita adalah realiti? Adakah realiti itu benar-benar realiti? ahhh pening. "Dah nama pun realiti, memang betul-betul la. aduyai"


Yes, memang tak disangkal pun, apa yang kita alami, apa yang berlaku di hadapan mata kita, apa yang kita lihat, itulah realiti. Namun harus diingat, bahawa setiap yang berlaku, taksemestinya apa yang sepatutnya kita fikir. What we see is what we get, but what we think is what we interpret. And the best way of interpreting adalah bersandarkan Al Quran dan As sunnah. Dajjal, (mudah-mudahan kita dilindungi dari fitnah Dajjal. huhu) di akhir zaman kelak, akan datang dengan membawa syurga dan neraka yang mana jika dilihat secara realitinya, memang kelihatan seperti syurga; dengan indahnya, cantiknya dan neraka Dajjal, realitinya memang nampak seperti neraka, namun syurga Dajjal, realiti di sisi Allah adalah neraka Allah swt dan neraka Dajjal di sisi Allah adalah syurga Allah swt.


Dari Rib'iy bin Hirasy, katanya: "Saya berangkat dengan Abu Mas'ud al-Anshari ke tempat Hudzaifah al-Yaman radhiallahu 'anhum, lalu Abu Mas'ud berkata kepadanya: "Beritahukanlah kepadaku apa yang pernah engkau dengar dari Rasulullah s.a.w. perihal Dajjal." Hudzaifah lalu berkata:
"Nabi s.a.w. bersabda:"Sesungguhnya Dajjal itu keluar dan sesungguhnya beserta Dajjal itu ada air dan api. Adapun yang dilihat oleh para manusia sebagai air, maka sebenarnya itu adalah api yang membakar, sedang apa yang dilihat oleh para manusia sebagai api, maka sebenarnya itu adalah air yang dingin dan tawar. Maka barangsiapa yang menemui Dajjal di antara engkau semua, hendaklah masuk dalam benda yang dilihatnya sebagai api, karena sesungguhnya ini adalah air tawar dan nyaman sekali." Setelah itu Abu Mas'ud berkata: "Sayapun benar-benar pernah mendengar yang seperti itu." (Riwayat Bukhari & Muslim)


Read more: 
http://cahayamukmin.blogspot.com/2010/06/hadith-tentang-dajjal.html#ixzz1aq1cX7zf



Adapun pada hari ini, ramai diantara kita (termasuk la aku jgk punnn) yang kagum bahkan terpesona serta tertipu dengan ahli silap mata yang membawakan realiti sedangkan ramai di antara kita mengetahui, terdapat muslihat di baliknya. Itu baru ahli silap mata, belum lagi Dajjal. Maka, ingatan buat diri sendiri juga, janganlah mempercayai realiti dengan meletakkan ia melebihi keagungan dan kekuasaan Allah semata-mata. Keyakinan terhadap Allah dan Rasul, Al quran dan As Sunnah haruslah diletakkan melebihi realiti kerana realiti itu adalah ciptaan Allah jua dan harus disandarkan padaNya. 


*Panadol hanyalah ubat, adapun yang menyembuhkan sakit demam adalah Allah. :)