Powered By Blogger

Thursday, 4 August 2011

Ramadhan, jimat atau sebat?

diam tak diam, dah 4 hari kita puasa..rasa cepat pula masa macam baru sehari..ramai orang "Mai bulan posa ni, harap2 boleh la sikit kot nak kuruih (kurus) ni"..tak kurang jugak yang berazam nak berjimat cermat dengan harapan dapat la sikit simpan duit untuk tukar sport rim kreta nanti atau yang nak berbelanja nak melaram sakan masa beraya nanti..tapi, ramai yang tak sedar, kadang-kadang, HABUK pun xda..haha

kadang-kadang time bulan puasa ni la, belanja naik..mana taknya, pi pasar ramadhan balun belanja sampai berbelas-belas ringgit ataupun yang ekstrim tu sampai puluhan pun ada ooo..

"Bang, air bandung cincau satu, bandung lebih bang eh"
"Bang, rangka ayam tu bagi lima no"
"Kak, kuih lapis singgit, kuih karipap singgit, kuih talam 2 ringgit, kuih bahulu singgit, kuih seri ayu singgit, kuih bla bla bla..."

haaa, macam-macam bedal mana tak puluhan..kadang-kadang air je dah sampai dua or tiga jenis..aik cik kak, kalau satu mana puas..mana cukup..rasa macam "ala nak buka puasa kan, xpa la sekali skala"..yoyo oh sekali sekala mende, sampai dekat hari-hari camtu..last-last makanan tak habis bagi kat orang je..kalau yang kurang cerdik sikit, main buang je pastu beli lagi esoknya banyak2 pastu buang lagi..kan ke dah membazir namanya..hehe tapi aku pun lebih kurang jugak dulu2 masa kat maktab, aku pun selalu jugak la beli banyak2..kalau time pi pasaq ramadhan tu, bukan nak ingat dah.tup2, habis duit..last2 tak habis bagi roomate aku yang habiskan..nasib baik dia jenis yang makan semua benda..so xda la rugi sangat..

sekarang aku tgh latih diri untuk jimat2 kat bazar ramadhan..bukan apa, sebab konon2 taknak mmbazir la..hehe tambah2 pulak ada sorang makcik ni nama Kak Miah jual kuih talam yang sedap gle..dahla fvret aku plak tu kuih talam tu..memang hari2 dia akan mengadap muka aku je la.."Bagi 3 ringgit no makcik..lapaq rini..hehe"..so selalunya aku beli tu je la, yg lain beli sikit2 untuk org lain makan..pikir-pikir balik, betul antara keseronokan ketika berpuasa yang Allah janjikan ialah keseronokan ketika berbuka..ada hadis Nabi yang menyebut:

Bagi orang yang berpuasa, ada dua kegembiraan baginya, iaitu kegembiraan ketika berbuka dan kegembiraan ketika bertemu Tuhannya (riwayat Muslim, Ahmad, An Nasa'i dan Ibnu Majah)

haaa, jadi tak salah untuk kita bergembira ketika bebuka sebab memang Allah dan cakap..tak kira la orang tu  miskin ke, kaya ke, bila berpuasa, semua orang sama, tahan lapar yang sama, perut lapar yang sama dan kegembiraan ketika berpuasa, insyaAllah semua pun rasa walaupun kadang-kadang juadah berbuka itu berbeza-beza..tapi, dalam kita bergembira tu, jom kita ingat yang jangan kita berlebih lebihan sampai membazir dan yang paling penting, kita mengimarahkan Ramadhan kita dengan seikhlas mungkin, supaya kita boleh bergembira dengan puasa kita ketika berjumpa Allah kelak insyaAllah..haihhhh, sebenaqnya diri sendiri ni pun xbrapa betui jugak dan masih sedang tengah mencuba tapi orang kata, sambil menyelam minum ayaq..kadang-kadang bila tulis, serupa la macam ingatkan diri..so jom sama-sama berRamadhan..:)

Monday, 1 August 2011

nama juga manusia.

nama juga manusia, pasti ada kelemahan dan kekurangannya..namus pasti, tidak dijadikan sesuatu kekurangan itu melainkan untuk ia membawa ibrah kepada kita..tak perlu berasa sedih atau sesal mahupun tertekan dengan kekurangan, kerana suatu saat, kekurangan itu akan dapat ditampung dengan kekuatan yang lain..carilah kekuatan dalam diri, kerana jauh terperosok didalam dada, tersimpan seribu satu rahsia yang empunya badan sekalipun belum mengetahuinya..tapi harus diingat, setiap sesuatu itu adalah milik Allah, dia yang menjadikan segala sesuatu dan pasti, mesti, ada seribu kebaikan disebaliknya..hanya perlu usaha dan tawakal pada Yang Satu, agar diri sentiasa tersenyum yakin..:)